Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa Seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 (Pindaan 2004) bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Pentadbiran wakaf sebelum wujudnya MAINPP ditadbir oleh Hindu And Muslim Endowment Board 1901 manakala MAINPP hanya mewujudkan bahagian-bahagian secara khusus bagi mengawal selia hal ehwal pentadbiran pada akhir tahun 80-an.

Di bawah struktur organisasi MAINPP, unit wakaf berada setaraf dengan unit pentadbiran dan kewangan, sumber am, undang-undang, pembangunan, pelaburan dan akaun. Manakala struktur dalaman unit wakaf hanya terdiri daripada ketua bahagian wakaf yang mengurus wakaf secara keseluruhan, dibantu penolong tadbir pengurusan tanah, asset dan hal ehwal ekonomi. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. bagi menguruskan hartanah Wakaf di bawah pentadbiran MAINPP.

YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman

Pengerusi wakaf pulau pinang

YBhg. Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Dato' Haji Maktar bin Haji Shapee

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Dato' Haji Samsudin bin bakar

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Datin Hajjah Nor Shafinaz bt Nulawadin

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Encik Amran hazali

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Haji zulkiefly bin saad

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang

YBhg. Dr. Nailul murad bin Mohd. Nor

Ahli Lembaga Pengarah wakaf pulau pinang