Wakaf Potongan Gaji Bulanan

 
  • Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk membuat pembayaran dana wakaf melalui potongan gaji serendah RM 5 sebulan;
  • Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Pulau Pinang; dan
  • Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.

Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Dan Syarikat Swasta

  • Penyertaan Dana Wakaf Tunai melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM 5.00) dan tiada had maksimum ditetapkan;
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Potongan Gaji Bulananyang disediakan oleh Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd;
  • Borang tersebutmengandungi tiga (3) keping kertas karbon yang berwarna putih, merah jambu dan kuning;
  • Borang berwarna putih untuk salinan pihak WPPSB, warna merah jambu untuk salinan majikan dan borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pihak pemohon;
  • Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula Borang Kebenaran Potongan Gaji Bulanandan tandakan serta berikan jumlah semasa di ruangan ditambah/kurang;
  • Pemohon yang ingin membatalkan potongan gaji dikehendaki memaklumkan kepada pihak majikan dan WPPSB; dan
  • Resit potongan gaji akan dikeluarkan pada awal tahun berikutnya mengikut jumlah keseluruhan yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Wakaf WPPSB oleh pihak majikan.