Mengenai Kami

“Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra.’, “Sesunguhnya Umar Ibn al Khatthab memiliki tanah yang dinamakan dengan Samgun yang ada kurma yang indah sekali. Umar berkata, “Ya Rasul Allah Swt. saya ingin memanfaatkan hartaku yang sangat baik, apakah saya mau menshadaqahkannya? Nabi menjawab, “Hendaklah shadaqahkanlah asalnya yang tidak boleh dijual, dihibahkan, dan diwariskan akan tetapi hendaklah nafkahkan buahnya.”

Penubuhan

Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi umat, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif bagi membangunkan dan memajukan institusi wakaf. Bahkan wakaf ini perlu diinstitusikan dengan sebaik mungkin untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperanan penting dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan umat Islam sejak berzaman. Institusi wakaf mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membangunkan ummah.

Cadangan & Kajian

Cadangan-cadangan yang telah dikemukan di dalam laporan Kajian Cadangan Penubuhan Perbadanan Wakaf Negeri Pulau Pinang ini adalah bersumberkan kepada kajian akademik dan kajian lapangan. Melalui kajian ini telah dikemukakan beberapa model antaranya model pengurusan dan pengoperasian wakaf yang selari dengan perkembangan semasa dimana ianya memerlukan pembaharuan kepada sistem pengurusan yang melibatkan pentadbiran,sumber manusia, kewangan dan operasi.

Selain itu, kajian ini juga turut memperincikan tentang fungsi, bidang tugas dan obligasi diantara MAINPP dan perbadanan atau syarikat yang bakal ditubuhkan nanti. Ia bertujuan untuk memperjelaskan tentang fungsi,bidang tugas dan obligasi yang perlu dimainkan bagi mengukuhkan peranan Perbadanan atau Syarikat yang akan menjalankan tanggungjawab mengurus wakaf.