Objektif
- Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk membuat pembayaran dana wakaf melalui potongan gaji serendah RM 5 sebulan;
- Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Pulau Pinang; dan
- Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.
Prosedur Penyertaan
Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Dan Syarikat Swasta
- Penyertaan Dana Wakaf Tunai melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM 5.00) dan tiada had maksimum ditetapkan;
- Pemohon hendaklah menggunakan Borang Potongan Gaji Bulanan yang disediakan oleh Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd;
- Borang tersebutmengandungi tiga (3) keping kertas karbon yang berwarna putih, merah jambu dan kuning;
- Borang berwarna putih untuk salinan pihak WPPSB, warna merah jambu untuk salinan majikan dan borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pihak pemohon;
- Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula Borang Kebenaran Potongan Gaji Bulanandan tandakan serta berikan jumlah semasa di ruangan ditambah/kurang;
- Pemohon yang ingin membatalkan potongan gaji dikehendaki memaklumkan kepada pihak majikan dan WPPSB; dan
- Resit potongan gaji akan dikeluarkan pada awal tahun berikutnya mengikut jumlah keseluruhan yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Wakaf WPPSB oleh pihak majikan.